SEJARAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah telah ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai sekolah Lanjutan kampung. Penubuhannya bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah. Pada 8hb.Januari 1965 sekolah ini telah ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Beserah dengan pengambilan pelajar Tingkatan Satu seramai 82 orang.
Kelas peringkat menengah atas telah ditubuhkan pada tahun 1977 iaitu dengan pembukaan kelas Tingkatan Empat. Oleh kerana pencapaian baik oleh calon-calon SRP 1977, sebuah kelas Tingkatan Empat Sains telah ditubuhkan pada tahun 1978.
Nama sekolah ini diambil bersempena denga nama Mukim Beserah. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'adazam Shah, DK, SIMP, DMN, DK (Perak), DK (Johor), SDCM, SPMJ, Yang Dipertuan Negeri Pahang Darul Makmur, pada 11 Mei 1976.
Pada tahun 1995 iaitu 33 tahun setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah ditubuhkan, sekolah ini telah dinaikkan tarafnya kepada sekolah menengah Gred A. Pelajar - pelajar sekolah ini terdiri dari pelajar - pelajar Melayu yang tinggal di sekitar kawasan Beserah hingga ke Cherating, di sempadan Pahang - Terengganu. Berikutan dengan perkembangan ekonomi dan penempatan di kawasan pesisiran pantai, maka pada tahun 1997 satu cawangan sekolah ini telah ditubuhkan dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Balok Baru bertujuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan Balok, Pelabuhan Kuantan, Sg. Ular dan Cherating.
Sehingga hari sekolah ini telah terus berkembang maju hingga setanding dengan sekolah-sekolah lain. Bermula dari sebuah sekolah kecil yang rata -rata pelajarnya adalah anak-anak nelayan hingga sekarang ini menjadi sebuah sekolah yang maju. Pada tahun 1997 sekolah ini berjaya meraih tempat kedua Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar.